- Mempertingkatkan mutu pendidikan di sekolah.
- Membentuk profesion guru yang berilmu,dinamik,kreatif dan berdisiplin untuk membantu pembangunan sahsiah guru itu sendiri dan untuk pembangunan bangsa dan agama.
- Membentuk golongan pelajar yang berilmu,dinamik,kreatif dan berdisiplin untuk membantu pembangunan nusa,bangsa dan agama.
- Merapatkan jurang perbezaan kemudahan-kemudahan pendidikan antara sekolah bandar dan luar bandar.
Objektif PSS :
- Meningkatkan taraf pengajaran dan pembelajaran dan prestasi pencapaian akademik
- Menggalakkan pelajar dan guru menggunakan pelbagai kemudahan pengajaran dan pembelajaran supaya mereka tidak bergantung semata-mata kepada buku teks dan kaedah "chalk and talk".
- Menggalakkan tabiat belajar sendiri,tabiat membaca,tabiat ingin tahu (inquiry) dikalangan pelajar-pelajar melalui penggunaan sumber beraneka media.
- Mengadakan kemudahan dan perkhidmatan yang munasabah untuk memenuhi keperluan pelajar-pelajar yang berbeza-beza antara satu sama lain.
Misi PSS :
- Memberikan pengajaran dan pembelajaran yang terbaik kepada semua lapisan murid seiring dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
- Melahirkan dan membina tabiat membaca dikalangan pelajar
- Mengadakan reformasi sistematik dalam budaya dan pengurusan pendidikan ke arah penghasilan masyarakat berilmu.
- Mewujudkan iklim sekolah yang kondusif untuk meningkatkan pendidikan berkualiti.
- Memupuk pemikiran kreatif,inovatif dan kritis ke arah peningkatan kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum.
Visi PSS :
- Melahirkan insan dan generasi yang seimbang dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani dalam menguasai kemahiran berfikir dan mencari maklumat dalam membekalkan prasarana menuju era teknologi maklumat.
Piagam Pelanggan PSS :
- Mengutamakan kecemerlangan akademik.
- Melahirkan insan kamil dan bertaqwa.
- Membentuk pelajar yang berdisiplin dan berakhlak mulia.
- Mengembangkan daya imaginasi dan kreativiti pelajar.
- Menyumbang bakti kepada masyarakat.