Informasi PSS

Matlamat PSS :
  • Mempertingkatkan mutu pendidikan di sekolah.
  • Membentuk profesion guru yang berilmu,dinamik,kreatif dan berdisiplin untuk membantu pembangunan sahsiah guru itu sendiri dan untuk pembangunan bangsa dan agama.
  • Membentuk golongan pelajar yang berilmu,dinamik,kreatif dan berdisiplin untuk membantu pembangunan nusa,bangsa dan agama.
  • Merapatkan jurang perbezaan kemudahan-kemudahan pendidikan antara sekolah bandar dan luar bandar.

Objektif PSS :
  • Meningkatkan taraf pengajaran dan pembelajaran dan prestasi pencapaian akademik
  • Menggalakkan pelajar dan guru menggunakan pelbagai kemudahan pengajaran dan pembelajaran supaya mereka tidak bergantung semata-mata kepada buku teks dan kaedah "chalk and talk".
  • Menggalakkan tabiat belajar sendiri,tabiat membaca,tabiat ingin tahu (inquiry) dikalangan pelajar-pelajar melalui penggunaan sumber beraneka media.
  • Mengadakan kemudahan dan perkhidmatan yang munasabah untuk memenuhi keperluan pelajar-pelajar yang berbeza-beza antara satu sama lain.

Misi PSS :
  • Memberikan pengajaran dan pembelajaran yang terbaik kepada semua lapisan murid seiring dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
  • Melahirkan dan membina tabiat membaca dikalangan pelajar
  • Mengadakan reformasi sistematik dalam budaya dan pengurusan pendidikan ke arah penghasilan masyarakat berilmu.
  • Mewujudkan iklim sekolah yang kondusif untuk meningkatkan pendidikan berkualiti.
  • Memupuk pemikiran kreatif,inovatif dan kritis ke arah peningkatan kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum.

Visi PSS :
  • Melahirkan insan dan generasi yang seimbang dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani dalam menguasai kemahiran berfikir dan mencari maklumat dalam membekalkan prasarana menuju era teknologi maklumat.

Piagam Pelanggan PSS :

  • Mengutamakan kecemerlangan akademik.
  • Melahirkan insan kamil dan bertaqwa.
  • Membentuk pelajar yang berdisiplin dan berakhlak mulia.
  • Mengembangkan daya imaginasi dan kreativiti pelajar.
  • Menyumbang bakti kepada masyarakat.